Wednesday, August 24, 2011

Buka Puasa

Entri ini akan ditulis dalam Bahasa Melayu bersamaan dengan tema tajuk kali ini. Bulan ini tidak kurangnya saya berbuka puasa bersama-sama rakan sejawat di sekitar Bandar Kuantan walaupun pada hakikatnya saya tidak berpuasa (malu kejap). Maklumlah saya berbangsa Cina dan merupakan suku kaum minoriti di kilang MMSB/PPMSB ini (tetap rasa bangga gak). Walau bagaimanapun, saya cukup kagum dengan teman-teman saya yang mampu berpuasa selama ~14 jam setiap hari selama sebulan. Kalau nak saya laksanakan memang minta maaf je la, memang tak larat (pernah cuba ok?). Namun, kalau bab buka puasa, saya tidak ketinggalan pulak..hehehe. Rasa-rasa setakat ini dah dekat 10 kali buka puasa dalam bulan ini sama ada di hotel, restoren mahupun di gerai atau warung. Terima kasih kepada penaja-penaja sekalian ya..

Hari ini pula berbuka di Restoren Ayam Penyet-AP (http://www.ayampenyet-ap.com/v2.1/) yang terletak di aras bawah Berjaya Megamall Kuantan. Sebelum ini, pernah sekali nak berbuka puasa di sini tetapi malangnya tiada bekalan elektrik dan terpaksa berpindah ke tempat lain. Termakbul juga hasrat kali ini berbuka bersama-sama teman rapat Ideal, Anis dan Akram. Restoren ini menyediakan masakan Jawa Timur dan Minang dan semestinya terkenal dengan masakan utamanya, Ayam Penyet.

Ayam Penyet AP
Makanan dan minuman yang dihidangkan segar dan enak tetapi servisnya memang lambat sekali. Teman-teman saya terpaksa berpuasa lebih masa (OT) hari ini disebabkan makanan yang dihidangkan lambat tiba. Kita memang faham bahawa pelanggan ramai semasa waktu sibuk tetapi oder telah dibuat sejam yang lalu pun tak sampai-sampai. Kalau tiada tahap kesabaran yang tinggi, memang tak sanggup nak makan di sini. Pengalaman menunggu ini bukan sahaja terasa semasa bulan puasa tetapi pada hari-hari biasa juga. Nasib baik makanannya sedap, kalau tidak memang sah tak kembali lagi. Harap-harap cawangan yang bermasalah ini ditangani pihak pengurusan secepat mungkin dan cawangan-cawangan yang lain tidak mengalami keadaan yang serupa supaya tidak bercanggah dengan keterangan-keterangan bagus belaka di laman webnya.

Kalau-kalau nak merasa juga, boleh cuba di tempat yang lain seperti di atas..
Minuman yang dipesan tidak kesampaian dan akhirnya terpaksa membalas dendam dengan pencuci mulut "marble cheesecake" dan menghilangkan rasa dahaga di Starbucks. Sekian.

1 comments: